Sesi mengopi TANPA beli kopi #408 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: hii boos.. minta pencerahan berkaitan honda accorsd generasi ke 8 (2008).. dri segi repair stock spepart market value sy berminat dengn accord gen8 tp kurang pngetahuan berkaitan gen8 terima kasih.. JAWAPAN: Anggaran harga Honda Accord 2.0 Rm 49,000 2.4 RM 53,000 Issue yang diketahui tentang Honda Accord Generasi ke 8 ialah brake padnya yang kerap perlu ditukar dan sedikit isu dengan enjin makan minyak hitam. Ada yang merunggut tempat duduk belakangnya tidak selesa. Ergonomik kerusi belakang akan mula dirasai selepas 20 min mengikut sesetengah pengguna kereta. Selain itu, tidak ada isu besar dengan kereta ini. Spare partnya akan lebih mahal daripada segment di bawahnya seperti Honda City dan Toyota Vios. Tidak sukar dicari spare partnya dan juga tidak keterlaluan mahal. Seperti biasa, kereta terpakai perlu tahu sejarah penggunaan kereta ini. Jika pemandu sebelum ini, memandu seperti "lembu", maka kereta perlu lebih pembaikian dari biasa. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |