Sesi mengopi TANPA beli kopi #381 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hai tuan Eddie..saya berminat nak beli kereta jenis 4WD model Isuzu bighorn...tapi saya xpasti tentang kereta INI. boleh tuan terangkan ada berapa model engine..dan mana satu yg kurang timbulkan masalah? Tq tuan.. JAWAPAN: Isuzu Trooper ada 2 model. Cc 3.2 petrol dan cc 3.1 diesel. Selain daripada kos roadtax yang agak tinggi, anggaran RM2k setahun, enjin Isuzu Trooper sangat tahan lasak. Masa zaman dahulu kami menjual kereta Isuzu Trooper (lebih 10 tahun lalu), Isuzu Trooper 3.2 diesel lebih digemari pasaran kerana kurang kegunaan minyak daripada yang petrol. Oleh itu, harga masa dahulu model diesel memang lebih tinggi daripada petrol dan juga lebih tinggi permintaan. Memandankan kereta Isuzu Trooper sudah lebih 20 tahun, elok diperiksa oleh mekanik sebelum dibelinya. Khuatir partnya akan mahal jika tuan bukan geng Isuzu Trooper dan tidak tahu cara maintenancenya. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |