EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #380

1/3/2018

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #380
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hello Bos,
Saya mempunyai sebuah kereta Hyundai Avante X20 yang dibeli pada tahun 2010.

Sejak kebelakangan ini, kereta ini telah mendatangkan banyak masalah kepada saya. Antaranya adalah:-

1. Suspension system yang bermasalah. Tahun lepas keseluruhan rear suspension telah ditukar dgn kos RM3k. Bulan lepas pula suspension bahagian depan pula ditukar dengan kos sebanyak RM3k juga. Malangnya, hari ini saya masih mendengar bunyi yang pastinya akan melibatkan kos tambahan untuk repair.

2. Saya telah invest banyak sejak awal tahun ini seperti repaint, tukar compressor baru berserta motor. 

3. CD player sudah tidak berfungsi. Built in antenna juga sudah rosak. Masih belum repair.

Persoalannya sekarang, perlu ke saya terus mengguna dan repair kereta saya, atau menjual nya atau trade in dengan kereta lain? Loan bank masih berbaki 2 tahun. Jika dijual sekarang, tidak ada sebarang gain yang saya perolehi.

Untuk info, wife saya mempunyai kereta lain yang jarang dipakai.

JAWAPAN:

Kos spare part untuk kereta Korea seperti Hyundai memang mahal. Penukaran suspension belakang mengikut pengalaman tuan pun sudah rm3k.

Jika sesebuah kereta memberi banyak isu dan kos menyelesaikan isu tersebut begitu mahal, maka lebih baik di jual kereta itu dan beli kereta yang kurang bermasalah. Bukan sahaja tuan perlu tanggung kos tinggi untuk maintain kereta ini malah paling ketara ialah masa yang terbuang dan stress yang perlu ditanggung. Memandangkan juga tuan tidak perlu tambah wang untuk menjual kereta ini, elok dijual sebelum nilai kereta ini jatuh lagi. Susut nilai kereta Hyundai juga agak laju.

Eddie Soh
EH Motor (ditubuh 1985)
Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta

#EHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta