Sesi mengopi TANPA beli kopi #369 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi tuan Eddie. Minta pendapat tentang Honda civic 1.7 2005 adakah ia berbaloi untuk dibeli pada masa ini kerana ini adalah kereta pertama Sy. Dan bagaimana pula dr segi FUEL CONSUMPTION, MAINTENANCE dan sebagainya JAWAPAN: Honda Civic 1.7 adalah kereta yang tidak memberi isu banyak. Penggunaan minyak juga sederhana. Akan tetapi, memandangkan ini kereta pertama yang tuan ingin beli, tidak begitu disarankan untuk dibeli. Ini kerana usia kereta yang sudah 12 tahun, pastinya ada maintenance yang harus dilakukan. Di khuatirkan tuan belum berpengalaman dalam perihal maintenance kereta. Kos maintenance Honda Civic lebih mahal daripada kereta tempatan dan mungkin lebih rumit. Eddie Soh ABS-EH Motor (ditubuh 1985) bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI #ABSEHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |