Sesi mengopi TANPA beli kopi #356 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Mr Eddie Soh. Saya mahu tanya. Bagaimana kita mahu cek saman kereta used car yang bakal kita beli? Terima kasih JAWAPAN: Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan oleh orang ramai bagi menyemak sama ada mereka mempunyai saman ataupun tidak. i. Melalui SMS 15888 Dengan menggunakan telefon bimbit, anda cuma perlu taip POLIS SAMAN <NO KAD PENGENALAN> atau <NO KENDERAAN> dan hantar ke 15888 Contoh : POLIS SAMAN WMG6383 dan hantar ke15888 * Setiap SMS akan dikenakan caj sebanyak RM 0.20 ii. Melalui Internet Semakan boleh dibuat melalui portal-portal seperti berikut :- > MyEG Services – www.myeg.com.my > RILEK e-Services – www.rilek.com.my * Semua semakan saman tidak dikenakan sebarang caj oleh pihak pembekal perkhidmatan. iii. Melalui Kaunter Trafik COPS (Computer On-line Payment System) yang ada di :- > Semua Ibu Pejabat Polis Daerah > Kaunter JPJ yang terpilih > Kaunter Trafik COPS di Kompleks Membeli Belah yang terpilih. Eddie Soh ABS-EH Motor (ditubuh 1985) bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI #ABSEHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |