Sesi mengopi TANPA beli kopi #355 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: hai selamat pagi encik eddie .. saya bercadang nak beli kereta ..honda ej convert ek atau vios second model ..apa pendapat encik eddie ?? ehh maaf honda jazz first modal ..bukan honda ej .. JAWAPAN: Honda Jazz memang popular di pasaran walaupun yang terpakai. Tidak banyak isu dengan kereta ini. Ada beberapa jenis Jazz do pasaran. Jenis yang belum facelift Jazz VTEC ada 2 model, CBU dari Jepun sebelum tahun 2004 dan CBU dari Thailand selepas tahun 2004 CBU Jepun :- - Spoiler bumbung belakang yang lebih besar yang disambungkan ke windscreen belalang. Kalau mahu tukar spoiler perlu tukar windscreen belakang sekali. - Antena hadapan seperti model Idsi - Drum brake Belakang. - Pemain Cd player di tengah seperti Myvi - Cermin tepi yang lebih berbentuk bulat - Bahagian dalam lebih gelap darker, campuran hitam dan sedikit corak putih di kain tempat duduknya dan panel pintu - Lampu dalam kereta di depan. - Dua tempat letak bekas minuman tanpa penutup dan bekas abu rokok yang kelihatan seperti cawan - Steering kulit - foglight on/off switch di samakan dengan switch lever sebelah kanan - Sports rims yang kelihatan seperti pre-facelift City VTEC rims. - Kotak aircon yang memanjang, idsi lebih berbentuk empat segi - Ada fungsi memanas bersama dengan air-con. - Spare tayar yang sangat kecil CBU Thailand:- - Cermin tepi seperti pre-facelift City's - Disc brake belakang - Warna cerah hitam dan berkelabuan bahagian dalam kereta. - Kain hitam dan kelabu berbentuk pentagon checkered - Tiada lampu kereta dj hadapan - Dua tempat letak bekas minuman dengan penutup. Tiada bekas abu rokok berbentuk cawan disediakan - Spoiler lebih kecil Tiada perlu tukar windscreen belakang kalau tukar spoiler - Antenna di belakang kereta yang pendik yang kelihatan seperti ekor lebah. - Kotak aicon berbentuk empat segi sama dengan reka bentuk idsi. - Tiada steering kulit - Foglight on/off switch di sebelah suis mengawal cermin tepi kereta - 2-DIN Clarion pemain cd - Tayar spare lebih besar Eddie Soh ABS-EH Motor (ditubuh 1985) bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI #ABSEHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |