EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #352

11/19/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #352
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Selamat petang tuan, mohon bertanya berkenaan dengan Insuran.. 

Beberapa bulan lalu saudara saya mengalami kemalangan jalan raya, Kereta separuh body sedikit kemik tapi tidak teruk

Kami sudah claim insuran dan menandatangani Discharge form, dan insuran tanggung berjumlah RM 43 (Ribu) lebih kepada Workshop, 

Ringkas cerita setelah kereta 90% siap,

Pemilik workshop tersebut meminta tambahan duit rm 2k atas alasan upah CAT Keseluruhan kereta seperti baru, keranan kononnya klaim insuran hanya membayar Workshop untuk servis separuh body kereta sahaja. 

Persoalannya, munasabahkah alasan begini?

JAWAPAN:

Berikut adalah proses tuntutan kemalangan.

1. Pemilik submit dokumen.

2. Pihak insuran melantik adjuster untuk menilai taksiran kerugian memandangkan pihak insurans bukan pakar dalam pembaikan.

3. Dalam usaha mendapatkan bayaran tertinggi, maka pihak workshop akan cuba mengaburi pihak insurans dan adjuster dengan mengatakan jumlah yang diperlukan tinggi.

4. Ini adalah langkah yang diambil oleh adjuster ketika membuat taksiran.
i) Komponen yang rosak akan ditukar. kerosakan kecil yang boleh dibaiki, akan dibaiki. Contohnya kemik pada fender.
ii) Sekiranya kereta berusia bawah 5 tahun, maka workshop wajib tukar alat ganti baru yang asli.
iii) Bagi kereta berusia 5 thn ke atas, pihak insurans akan mengenakan syarat betterment, dalam erti kata lain bahagian yang perlu dibayar oleh pemilik. ini kerana
- jika kereta berusia 8 tahun, maka tidak adil untuk insurans memberikan komponen baru, contohnya lampu atau absorber.
- jika tidak dibuat begini, maka dengan kemalangan kecil pun kereta akan dikira total loss.
iv) nilai betterment hanya diambil dari spare part dan bukan upah dan dikira seperti berikut
- kereta berusia 5 thn - 15%
- 6 thn - 20%
- 7 thn - 25%
- 8 thn 30%
- 9 thn 35%
- 10 thn 40%

Contoh diberikan ialah dalam sebuah claim di mana adjuster bersetuju insurans membayar sejumlah RM13,000 bagi tujuan pembaikan. kereta ialah sebuah proton wira berusia 7 thn. sekiranya nilai spare part ialah RM10,000, maka insurans akan tolak 25% dari nilai spare part, yakni RM2,500. workshop akan tukar alat ganti baru sekiranya owner bersedia mengeluarkan jumlah yang dimahukan. 

v) Sekiranya owner tidak mahu membayar nilai betterment, maka pihak insurans dan workshop berhak untuk menggantikan komponen baru dengan komponen alternatif (terpakai atau gred B/C) dengan nilai yang sama.

vi) Syarat ini ada dinyatakan di dalam polisi insurans biarpun sedikit kabur dan menjadi piawaian bagi semua bengkel pembaiki kenderaan yang memegang lesen PIAM.

5. Syarat pembaikan bagi bengkel dan insurans ialah mengembalikan kenderaan pada keadaan sebenar ketika sebelum perlanggaran dan kebiasaannya mereka berjaya memenuhi kehendak ini tanpa masalah.

6. Pembayaran bagi pembaikan adalah tertakluk pada nilai disiinsuranskan (sum insured) kenderaan terbabit.

Jika sum insured adalah lebih rendah dari sepatutnya, maka pihak insurans akan membayar secara pro rata untuk pembaikan. ini juga dibenarkan oleh bank negara.

Contohnya
nilai sebuah proton waja tahun 2004 ialah RM30,000. tetapi owner mahu sum insured cuma RM20,000.

Jadi dalam kes tuntutan, maka pembayaran cuma dibuat 2/3 saja (atau 20,000 bahagi 30,000).

Bila jumlah dibayar insurans kurang, maka pihak bengkel pula akan melakukan yang perlu untuk cover semula jumlah tersebut contohnya sebuah pintu waja berharga sekitar RM500 tetapi bengkel mungkin menggunakan yang terpakai dengan harga RM150.

Mungkin yang sama terjadi kepada cat kereta tuan. Tuan boleh menanya dengan pihak insuran anda.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta