EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #351

11/19/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #351
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

hi tuan eddie, kereta waja tahun 2006 campro auto sudah ganti water pump, sudah ganti radiator..tetapi air radiator sentiasa berkurangkan...dan perlu selalu periksa..apakah kemungkinan yang rosak? ada kah perlu buat overhaul?..bolehkah air masuk kedalam minyak hitam akan terjadi mcm ni?

fyi, kenderaan tersebut di beli di Eh Motor pada bulan april lepas..

JAWAPAN:

Punca-punca Air Radiator Cepat Kering

Leaking (Bocor)
Punca air radiator cepat kering yang selalunya biasa terjadi adalah akibat leaking (bocor). Cara-cara nak tengok di mana leaking.

1. Sapu Sabun Pada Hos Sistem Radiator tersebut
Sediakan sabun (tak kisah sabun apa, yang penting senang berbuih dan susah pecah buihnya), dan sapukan pada setiap hos radiator

2. Hidupkan Enjin dan Pastikan Aircon TUTUP
Aircon mesti dalam keadaan OFF (untuk mengelakkan kekeliruan antara air aircon dan air radiator)

3. Tengok di setiap hos radiator sekiranya ada buih yang mengembang
Jika ada buih yang mengembang, bermaksud, di situlah kebocoran yang berlaku. Untuk mengesahkan kebocoran berlaku di situ, lihat langkah seterusnya. 

4. Tengok di bahagian bawah kereta jika ada air menitik
Tunggu sehingga enjin panas (biasanya 15 minit), supaya air dalam sistem radiator itu berjalan.
Lepas tu tengok di bahagian bawah kereta sekiranya ada air menitik, cuba cari dari mana air itu menitik.
Jika air itu menitik dari tempat yang sama di mana buih mengembang, memang sah di situlah tempat leaking (kebocoran).

Sekarang kita dah dapat kenalpasti hos/drain plug/komponen yang bocor dan ianya perlu ditukar.

Terdapat beberapa punca di sebalik mengapa berlakunya leaking, antaranya adalah:

1. Kipas rosak
2. Radiator cap rosak
3. Pam air tidak berfungsi
4. Thermostat rosak
5. Komponen besi berkarat

Bermula dengan komponen yang senang dan murah dahulu. 

1. Kipas (radiator fan) rosak
Kipas bertujuan untuk membuang haba yang terkumpul di Heat Exchanger ke udara luar (atmosphere). Jika haba ini tidak dapat dibuang, suhu di dalam sistem radiator akan semakin tinggi dan tinggi dan akan overheat. Secara tidak langsung, tekanan di dalam sistem radiator ini juga akan turut tinggi. Tekanan tinggi ini tadi akan mencari point yang lemah untuk dia keluar. Point yang lemah ini biasanya tempat yang berkarat, komponen yang longgar seperti drain plug dan tempat sambungan hos yang longgar. 

2. Radiator cap rosak
Radiator cap bertujuan untuk mengekalkan tekanan air yang baik untuk sistem radiator. Apabila radiator cap rosak dan tidak dapat membuang tekanan yang tinggi, tekanan tinggi ini tadi akan mencari point yang lemah untuk dia keluar (sama seperti di atas). Point yang lemah ini biasanya tempat yang berkarat, komponen yang longgar seperti drain plug dan tempat sambungan hos yang longgar.

3. Pam air tidak berfungsi
Apabila pam air rosak, haba yang diserap dari enjin tidak akan dapat dipindahkan dengan sepenuhnya ke Heat Exchanger kerana tanpa pam air, AIR di dalam sistem radiator tidak akan berjalan. Ini akan menyebabkan tekanan pada kawasan-kawasan berdekatan enjin tu akan TINGGI dan 
tekanan tinggi ini tadi akan mencari point yang lemah untuk dia keluar (sama seperti di atas). Point yang lemah ini biasanya tempat yang berkarat, komponen yang longgar seperti drain plug dan tempat sambungan hos yang longgar.

4. Thermostat rosak
Thermostat lebih kurang macam pam dan juga radiator cap. Thermostat akan menghalang pergerakan air sekiranya tekanan masih rendah. Apabila mencapai sesuatu tahap di mana tekanan tinggi, thermostat akan terbuka dan membenarkan laluan air. Tapi bagaimana kalau thermostat langsung tak terbuka? Tekanan akan tinggi.

5. Komponen besi berkarat
Besi berkarat ini biasanya terjadi akibat udara di dalam sistem radiator tidak dibuang dengan baik. Udara di dalam sistem ini bila bertindakbalas dengan air, akan menghasilkan karat. Karat ini jika terkikis sedikit demi sedikit, lama-lama akan menyebabkan leaking.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta