Sesi mengopi TANPA beli kopi #348 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: morning bos . sy ada 1 soalan . betul ke waja tak elok umtuk dipakai ? sy ingin membeli waja tapi ramai yg mghalang . mereka kata waja kerap rosak dan maintenance tinggi . dan lagi 1 , antara waja campro dan waja mmc , mana lebih elok ? JAWAPAN: Kereta Proton Waja jarang ada isu besar. Selagi kereta ada sering diservis, tiada masalah dengan enjin atau gearbox. Isu yang selalu dibentangkan dengan Proton Waja ialah tingkap motor selalu rosak, door handle senang patah dan bonet belakang kadang kala sukar dikunci. Bodynya lembut senang kemek. Selain daripada itu ok, performance agak bagus. Dalam pasaran, kebanyakkan gemar Waja model pertama iaitu MMC. Eddie Soh ABS-EH Motor (ditubuh 1985) bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI #ABSEHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |