EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #347

11/19/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #347
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Morning Sir.. Eddie.. Sy ada prtanyaan untuk diajukan.. Isteri sy ingin menjual kereta.. Baki ada lagi 2 thun.. Model Ford Fiesta sedan 1.6. Soalannya bgaimana urusan untuk menjual kereta trsebut. Adakah boleh dijual semula pada bank atau pd used car.. Atau pun blh di jual pd dealer jika ingin mendapatkn kereta baru.. Wife nk jual sbb nk pkai kereta lain..

JAWAPAN:

Cara jual kereta yang masih hutang bank

1. Ketahui jumlah hutang kereta

Telefon bank untuk ketahui berapa jumlah FULL SETTLEMENT/hutang yang perlu dijelaskan

2. Ketahui harga pasaran kereta tersebut

Harga pasaran boleh disiasati daripada laman web
Mudah.my, carlist.my atau motortrader.com

3. Buat kira-kira samada hutang kereta melebihi harga pasaran.

Jika,
Hutang bank > Harga pasaran
- perlu keluar duit untuk jual kereta

Hutang bank < Harga pasaran
- ada duit deposit untuk membeli kereta lain

4. Memilih untuk jual kepada kedai used car atau individu

Kalau jual kepada kedai used car, mudah dan cepat prosesnya kerana kedai akan membeli secara tunai tetapi harga akan rendah dari harga pasaran.

Kalau jual kepada individu, harga akan lebih tinggi tetapi segala urusan lebih berpanjangan kerana perlu membuat urusan pinjaman serta pergi ke JPJ untuk tukar nama. Kedai used car ada mesin eauto yang memudahkan penukaran nama di kedai dan bukan di JPJ. Jual kepada kedai used car juga tidak perlu pemeriksaan PUSPAKOM. Melainkan pihak individu membeli secara tunai, pihak bank tidak boleh menolong menyelesaikan hutang lama kereta anda.

Tidak boleh menjual kereta kepada pihak bank.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi


0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta