EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #345

11/19/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #345
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi Mr Eddie
Saya nak tanya betul ke semua kereta proton perdana mempunyai masalah gearbox cepat panas, bagaimana pula dari segi maintenance part adakah murah atau mahal? Tq Mr Eddie!

JAWAPAN:

Bila sebut pasal Proton Perdana mesti semua akan terfikir akan gearbox autonya yang bermasalah.

Hal ini terjadi kerana gear box auto perdana ini kecil sedikit berbanding dengan gear box auto kereta proton yang lain. Walaupun suspension kereta perdana ini mantap dan sedap sewaktu pemanduannya tetapi gear box auto perdana ini tidaklah segah seperti bentuk fizikal body kereta perdana.

Gear auto kereta perdana ini memerlukan penjagaan yang rapi dan perlu diberi perhatian apabila tiba waktunya. Sebenarnya jika ia dijaga dan cara pemanduan yang betul, ia boleh tahan lama cuma perlukan beberapa tips untuk penjagaannya.

Oleh kerana gearbox auto ini kecil bermakna ia tidak boleh digunakan dengan lasak seperti memandu kereta 330km dari KL sampai Johor. Apabila ini berlaku gerarbox akan menjadi panas dan gearbox akan jem akibat suhu panas kerana memandu 330km tanpa henti. Jika pulang ke kampung cukuplah dengan kelajuan biasa dan sekali sekala pecut untuk memotong. Berhentilah di RNR yang tersedia untuk menyejukkan enjin untuk sementara.

Jika anda seorang kaki pecut elok tukar kepada enjin Evo3 atau tukar kepada gear manual. Jika anda suka pada sistem auto anda perlu memanjakan kereta anda itu dan jangan terlalu ganas.

Oleh kerana masalah gear auto perdana ini agak manja, anda perlulah ambil perhatian terhadap jadual tukar minyak gear dia. Jika sebelum ini 8000km baru tukar, anda tukar minyak gear box awal sedikit antara 5000km. Sebab gear perdana ini kecil dan tidak boleh terlalu panas.

Kemudian penjagaan air radiator juga penting kerana air radiator berfungsi untuk menyejukkan gear box tersebut. Jika anda tidak meletakkan anti karat pada air radiator lama kelamaan laluan air dalam saluran gearbox akan mengecil kerana tersumbat dan ini mengakibatkan ia menjadi panas.

Setiap kali gearbox ditukar, kosnya dalam $2k-$3k. Inilah isu utama Proton Perdana.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta