EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Sesi mengopi TANPA beli kopi #340

11/19/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #340
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hai mr eddie
Antara mazda cx5 dengan honda crv mana lebih elok

JAWAPAN:

Honda CR-V

SUV keluaran Honda yang dikuasakan dengan enjin 2.0 liter SOHC i-VTEC memberikan pengalaman pemanduan yang lancar pada jalan yang mendatar. Malah dari aspek suspensi dan pengendalian juga berada pada tahap yang sangat memuaskan – memberikan keselesaan terbaik secara umumnya berbanding yang lain.

Namun CR-V yang dipasang dengan transmisi automatik 5-kelajuan ini memerlukan sedikit kerahan pada bahagian enjin apabila ingin meningkatkan kelajuan dan pick-up SUV ini juga dirasakan sedikit perlahan untuk diperoleh, terutama apabila memotong dan memerlukan menukar gear ‘D’ kepada ‘2’ untuk memastikan pemanduan kembali lancar pada bahagian-bahagian tertentu.
Dari aspek keluasan dan keselesaan, seperti SUV lain, ia bukan satu persoalan kerana sememangnya kebanyakkan kenderaan dari segmen SUV mampu menawarkan ciri-ciri tersebut. Rekaan panelnya juga tidak begitu berserabut dengan perkara-perkara yang tidak perlu, dan mudah untuk digunakan. Malah kehadiran butang kawalan pada stereng, seperti biasa memudahkan lagi pemandu.

Mazda CX-5

Kelebihan CX-5 berada pada transmisi SKYACTIV-DRIVE 6-kelajuan ini adalah dengan wujudnya pilihan transmisi manual di mana ia membantu apabila pemanduan dijalan berbukit dengan menjadikan pemanduan lancar.
Rekaan luaran bagi Mazda CX-5 lebih ‘feminin’ jika dibandingkan dengan SUV lain yang tampak lebih maskulin. Malah dari segi saiz luarannya dari pandangan kasar, ia kelihatan lebih bersesuaian buat pemandu wanita yang gemarkan SUV. Reka bentuk panel di bahagian dalam juga tidak serabut. Ia direka dengan ringkas, minimal dan mudah untuk capaian pemandu mahupun penumpang.

Sama tapi berbeza

Secara kesimpulannya, perbezaan SUV di pasaran tidaklah begitu ketara kerana kesemuanya menawarkan pengalaman pemanduan yang hampir sama. Namun jika diteliti dari aspek spesifikasi, masing-masing direka dengan kelebihan tersendiri.

Dari segi maintenance, Honda CRV akan lebih murah untuk jangka masa selepas waranti baru tamat.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta