Sesi mengopi TANPA beli kopi #336 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello tuan eddie..saya ingin bertanya..sblm tu hide dlu ye pic fb sy..hehe 1)sy skrg pakai kereta saga sv auto tahun 2014 sy buat full loan..jadi jika sy nk beli alza or mpv mcm mana dgn loan saga tuh..jika trade in saga ke alza blh ke?mcm mana proses nya? Tq JAWAPAN: Cara trade in kereta yang masih hutang 1. Ketahui jumlah hutang untuk kereta sendiri (saga sv). Telefon pihak bank untuk ketahui jumlah full settlement. 2. Ketahui harga pasaran kereta anda Tuan boleh selidik harga kereta anda di pasaran melalui laman web mudah.my, carlist.my ataumotortrader.com 3. Ketahui samada berbaloi untuk di trade in atau tidak Ambil angka harga pasaran dan tolak dengan full settlement figure, iaitu HARGA pasaran - Harga full settlement figure. Kalau Harga pasaran > HARGA full settlement - Ada wang berlebihan untuk beli kereta lain HARGA pasaran < HARGA full settlement - Perlu tambah wang untuk jual kereta sendiri 4. Sudah ketahui info di atas baru cari kereta lain untuk dibeli Eddie Soh ABS-EH Motor (ditubuh 1985) bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI #ABSEHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |