EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi

Sambung bayar. Boleh percaya?

10/11/2017

0 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #322
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Salam tuan
Saya nak minta pendapat tuan pasal service iklan dibawah
**sambung bayar**
Boleh dipercayai ka?

JAWAPAN:

Kami mendapat banyak pertanyaan berkenaan hal sambung bayar kereta.

Antara masalah yang dikongsikan untuk sambung bayar kereta adalah seperti berikut:

1.pinjaman mereka tidak lulus
2.nama berada dalam senarai hitam
3.tidak mempunyai cukup deposit

Melupuskan (disposed off), mengalihkan (removed) atau menjual kenderaan tersebut tanpa kebenaran bertulis daripada bank atau dengan mana-mana cara lain, fraud (menipu) atau mencuba untuk fraud (menipu) bank, adalah suatu kesalahan di bawah Seksyen 38 Akta Sewa Beli.

Jika disabitkan dengan kesalahan tersebut, pesalah akan dikenakan denda dalam jumlah tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan bagi tempoh tidak lebih dari 3 tahun atau kedua-duanya sekali.

Antara risiko kereta sambung bayar kepada pemilik asal

A. Anda mungkin disaman atas kesalahan orang yang sambung bayar kenderaan anda.

B. Anda mungkin disoal siasat oleh polis jika kenderaan tersebut terlibat dalam kes jenayah.

C. Anda mungkin disaman bank jika orang yang sambung bayar tidak membayar ansuran bulanan kepada bank. Akibatnya, anda mungkin diisytihar bankrap jika hutang penghakiman melebihi RM30,000.

D. Jika berlaku kemalangan ke atas orang yang sambung bayar dan kereta tersebut telah luput insuran dan cukai jalan, anda mungkin disaman atas kapasiti individu untuk kemalangan tersebut.

Antara risiko untuk orang yang sambung bayar kenderaan

A. Jika pemilik asal meninggal dunia, anda tidak dapat memperbaharui insuran dan cukai jalan. Kenderaan tersebut juga berkemungkinan akan dinamakan atas nama pewaris ketika proses perbicaraan probet.

B. Anda tidak dapat menukar nama anda setelah kereta tersebut sudah habis dibayar jika pemilik asal sudah berpindah ke tempat lain.

C. Ada kemungkinan anda akan disoal siasat jika pemilik asal membuat laporan kereta mereka hilang.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
0 Comments



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")
Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2018  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi