(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)
SOALAN:
HELLO
MR EDDIE
SAYA MAHU BERTANYA MENGENAI PERODUA MYVI 1.3 TAHUN 2007 SAYA
METER MINYAK TAK STABIL SEKEJAP PENUH SEKEJAP KURANG 😰
INI BERPUNCA DARI MASALAH APA TU
BATTERY SAYA OKAY LAGI
JAWAPAN:
Pelampung minyak digunakan di tangki minyak kereta untuk membantu pemandu ketahui kadar minyak yang berada di tangki. Menjadi perkara biasa kerosakan akan berlaku pada alat ini akibat 'wear & tear'. Terlalu lama usia kereta pun boleh juga rosak tapi kadang-kadang sudah 10 tahun pun belum tentu rosak.
Cuba periksa alat ini di kedai foreman.
Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi