EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Masalah ambil kereta sambung bayar.

9/6/2017

1 Comment

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #301
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
Assalam Tuan Eddie Soh. Boleh saya nak tanya pasal kereta & permasalahan saya skrg ?
1) saya ada ambil kereta sambung bayar. Masa ambik lagi 4 tahun hutang dgn bank. Skrg tinggal berbaki 1 tahun 8bulan. Deposit permulaan aritu 13ribu. Saya ambil kereta sambung bayar sebab loan mmg tak lepas walaupun dah cuba 2x. Walaupun saya tahu risiko kereta sambung bayar. Saya tetap ambil. Masa ambil mmg ada saman dari pengguna terawal kereta tu 2900 yg egen janji bila nak tukar nama akan selesaikan.

2) tapi baru ni saya kontek owner dia kata dia tak tanggungjawap pasal saman tu. Sbb dia tak pernah guna kereta tu. Dia minta pengguna sebelum ni selesaikan. Saya tanya egen, dia macam lepas tangan.

3) masalah skrg, saya dah tak mampu nak bayar bulanan yg agak tinggi tu sbb ekonomi skrg. Saya ade fikir. Risau, kalau bayar habis sampai boleh tukar nama risau owner akan buat repot kata kereta dia di curi dan dia dpt smula kereta tu. Tak jd hak milik saya. Macam kebanyakan kes kawan² kena. Saya juga perlu jelaskan smua saman yg ada dripada dulu berikutan owner & egen yg taknak bertangungjawap, dah konfem dah situ incase berjaya tukar nama dengan selamat pun.

4) saya dilema, sbb kereta tu tak lama dah dgn bank. Dlm masa sama. Saya tak mampu bayar. Saya juga memerlukan wang untuk beli kereta cash yg kecik. kalau nak tolak semula kereta tu untuk egen cari pengguna baru, Tapi dia boleh dapatkan deposit saya dulu cuma dlm 7-9ribu saja.

Apa patut saya buat untuk kes saya ni ? Teruskan usaha bayar atau biar egen cari pemilik baru supaya saya dapat beli kereta cash tanpa bebanan walaupun deposit dapat 7-9k.

JAWAPAN:
Tidak begitu senang untuk dijawapkan soalan cikpuan kerana ia membabitkan isu sambung bayar.

Tanpa perlu diceritakan, sambung bayar memang tidak sah di sisi undang-undang,

Jika cikpuan habis bayarkan semua baki hutang, memang tidak dijamin pemilik lama akan bekerjasama untuk tukarkan nama.

Jika saya di situasi cikpuan, kemungkinan besar saya akan biarkan ejen dapatkan pemilik baru dan dapatkan sebanyak duit deposit yang mungkin. Ini juga ada risikonya sendiri kerana setahu saya, sambung bayar melibatkan surat perjanjian. Cikpuan tidak dapat cuci tangan sepenuhnya. kerana keperluan untuk menandatangani perjanjian. Inilah risiko yang cikpuan perlu hadapi pada masa depan jika isu penyambung bayar akan datang ingin wujudkan isu dengan anda.

Cikpuan perlu membuat pilihan risiko mana yang ingin dihadapi.
​
Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

1 Comment
efa
4/10/2019 06:31:26 pm

assalamualaikum,encik boleh saya nak tanya pendapat encik tentang kereta sambung bayar?

Reply



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta