EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Kereta Recon, BERBALOI kah?

10/5/2017

1 Comment

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #316
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:

Hi tuan, sekiranya saya mahu membeli kereta recon. Apakah perkara yang perlu saya ambil kira?

Adakah berbaloi membeli kereta recon yang sama harga dengan kereta lain (berlainan model)

Terima kasih ya tuan Eddie 😃

JAWAPAN:

Tip Membeli Kereta Recon
1. Eksoz 
Kondisi kereta boleh dilihat dengan pembakaran petrol pada ekzos, kebanyakan gred A eksoznya kelihatan putih. Jika kereta yang lebih lama kelihatan hitam atau berkarat. Pelanggan selalunya tidak pandai membeli hanya melihat kenderaan itu dari segi cat dan keadaan dalam yang telah diubahsuai.

2. "Japan spec" / "Continental Spec"
Terdapat dua jenis recon car iaitu spesifikasi continental (UK) Spec dan Japan Spec. Kebiasaannya pengguna UK lebih lasak dan kasar. Sebaliknya, pengguna Jepun membeli kereta dan jarang memakainya kerana negara mereka dan kecil dan kemudahan pengangkutan awam yang mudah. Oleh itu, kebiasaannya kereta jepun seperti kereta baru untuk gred A recon. 

3. Mileage
Ramai pelanggan yang tertipu dengan salah guna yang dilakukan oleh sesetengah pengimport kereta. Dengan membuat pengubahsuaian kepada mileage kereta itu daripada tinggi ke rendah. Oleh itu, haruslah kita menghantar atau membuat full checking daripada mekanik yang bertauliah seperti Auto Bavaria.

4. Kondisi Kereta
Pengimport atau pengedar kereta kebiasaannya akan memborong kereta import gred B dan C dan akan membuat full touch-up. Oleh itu, kita selalunya tertipu dengan keadaan kereta yang dilihat cantik walhal jika dilihat dari faktor teknikal dan dalaman peratus yang tinggi masalah akan datang kepada pembeli kemudian nanti.

5. A.P.
A.P. adalah approval permit. Di sini A.P. terbahagi kepada dua, iaitu Semenanjung dan Sabah/Sarawak. AP Sabah/Sarawak lebih murah harganya berbanding dengan A.P. Semenanjung. Oleh itu, pelanggan yang kurang berpengetahuan akan tertipu dengan A.P. daripada Sabah/Sarawak dengan perbezaan harga lebih kurang RM10K-20K. 

6. Year Make (Tahun dibuat)
Adakalanya dealer (pengedar) atau sales consultant (jurujual) akan bercakap kereta ini adalah "good condition". Tetapi, apabila pelanggan tidak melihat hitam putih di dalam A.P. kemungkinan kereta itu adalah tahun yang berlainan / lebih tua. 

7. Full checking dan diagnos daripada Auto Bavaria
Jika anda membeli kenderaan BMW, Mercedez, saya menasihatkan anda membuat diagnosis kereta di mana ia akan memaparkan sejarah kenderaan dan juga masalah dan kebaikan kereta itu.

8. Luaran 
Cuba perhatikan body kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu samada kereta tu dah di simen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan side edge (garisan dari hujung depan ke belakang). Sepatutnya lurus sekiranya accident free. Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama semasa pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak di buka).

9. Dalaman 
Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan steering. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang telah mengalami kemalangan teruk akan di sambung di bahagian ini. Begitu juga kereta sambung yang semakin popular sekarang. Selak karpet lantai dibelakang atau dibawah tempat duduk pemandu. Perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak). Semasa test drive, cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta. Ujan ini hanya untuk kepada yang mempunyai expectation tinggi untuk kereta.

10. Injin
Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke workshop dan naikkan kereta di atas hoist equip. dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikan dengannya. Kutip kembali minyak hitam daripada lama dari injin dan cuba rasa dengan jari samada berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan injin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta tu kerana mungkin salah satu gasket dalam injin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall injin tanpa tukar barang dalam injin). Pernah terjadi "used car" masukkan habuk kayu dalam injin untuk mengurangkan knocking injin dan ini dapat dikesan apabila kita periksa minyak hitam daripada injin (berketul). Untuk kereta auto, tukar juga minyak gearbox. Kalau bercampur air (biasanya minyak gear box akan jadi warna pink), maksudnya jangkahayat gearbox tak akan lama. Sekiranya absorber dah nampak berminyak, maksudnya oil seal dah bocor, ke tukar baru (anggaran belanja satu absorber tanpa coil spring-RM150+RM25 upah). 

11. Turunkan kereta buka bonet dan periksa injin 
Mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, valve dah nak kena gramme atau piston ring dah longgar. Pasangkan kembali dan cuba start kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam dah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi). Periksa wiring kesuluruhan kereta. ada atau tidak pengubahsuaian. Kadang-kadang pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakkan (rujuk tip saya mengenai kereta kena banjir). Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang dah terkeluar. Buka penutup timing belt, minta mekanik periksa belt. Start injin dan hidupkan aircon, kedua-dua kipas berpusing, tutup aircon, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam injin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan injin melahu selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam injin berpusing dan berhenti secara auto. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.

12. Pemanduan 
Pandu kereta pada jalan yg lurus, lepas kan steering free, kereta mesti di jalan yg lurus bukannya intend to move to the right or left. Kalau macam nak jalan ke kiri atau ke kanan ini mesti ada some thing wrong dgn steering system, toe in / toe out ada masalah, kena pi kedai dan buat alignment. Test drive shaft, drive shaft adalah satu komponen dari gear box ke roda - hanya digunakan pada kereta pacuan roda hadapan (front wheel drive) - cari satu kawasan lapang, pusing kan kereta anda 360 degree anticlockwise and clockwise. Kalau ada problem, komponen ini akan bernyi tok tok tok. Test Brake, berhentikan kereta di kawasan bercerun, tarik handbrake dan lepas brake kaki. Kalau kereta turun, maksudnya pelapik brake belakang perlu diganti. Cuba jalan, kalau rpm naik sehingga bunyi injin luarbiasa sebelum kereta mula bergerak, maksudnya klutch plate dah nipis mungkin perlu ditukar dalam beberapa bulan akan datang. 

13. Dapatkan nombor casis, nombor injin, jenis injin, tahun dibuat, jenis kenderaaan (hatchback, salon etc.). 
Semua ini boleh didapati dripada geran kereta. Periksa samada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat tu ke JPJ terdekat dan balai polis traffik terdekat dan periksa samada kereta tu "selamat" atau tidak. Kalau nakkan pengesahan tentang status specifikasi kereta, bawa ke PUSPAKOM (RM40) dan test.

Kebaikkan beli kereta recon ialah
1) Dapat spek berlainan atau lebih baik daripada model yang dijual di Malaysia
2) Dapat kereta yang lebih unik dan kurang dijual di pasaran.
3) Harga lebih murah

Keburukkan
1) Masih kereta 2nd hand dan perlu tahu keadaan kereta
2) Harga spare part akan lebih mahal kerana perlu diimport dari negara pembuat.

Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI

#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi
1 Comment
Rashwan link
8/1/2022 12:02:05 am

Terima kasih atas infonya.

Reply



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta