EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Apakah prosedur nk jual kereta & trade in untuk ambil kereta baru?

9/6/2017

7 Comments

 
Picture
Sesi mengopi TANPA beli kopi #300
(Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya)

SOALAN:
halo mr eddie soh.
mcm mana prosedur nk jual kereta & trade in untuk ambil kereta baru?
berbaloi ka kalau nk trade in kereta x habis bayar lagi & masih ada hutang bank.
sebab nak ambil family car. thank you

JAWAPAN:
Berikut merupakan langkah-langkah selamat untuk tukar beli kereta lama anda:
1. Dapatkan jumlah “full settlement” kereta anda dengan pihak bank anda membuat pinjaman.

2. Sekiranya jumlah Full Settlement lebih dari harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, anda perlu tambah jumlah yang kurang tersebut.

3. Sekiranya jumlah Full Settlement kurang dari Harga yang ditawarkan oleh syarikat used car / salesman, syarikat used car tersebut akan membayar kepada anda lebihan tersebut.

4 Buat semakan harga pasaran kereta anda.

5. Jika anda sudah mengetahui harga pasaran, harga trade-in pada kebiasaanya akan lebih rendah 4-10k dari harga pasaran.

6. Jangan terlalu mengejar harga trade-in yang terlalu tinggi. Pada kebiasaannya ada sesuatu tidak kena jika harga yang ditawarkan terlalu tinggi. Anda mungkin akan teraniaya.

7. Sekiranya anda berurusan trade-in dengan salesman, anda mesti pergi bersama salesman tersebut untuk mempastikan butiran penting kewujudan syarikat yang dicadangkan oleh salesman tersebut. Pastikan lokasi dan alamat syarikat tersebut. Nombor telepon kedai tersebut. Tandatangan dokumen penyerahan kereta tersebut, sebagai bahan bukti jika berlaku perkara yang tidak diingini. Pastikan anda kenal tuan punya syarikat tersebut.

Ada kes juga salesman kereta baru juga menipu wang pelanggan dan akhirnya sehingga salesman itu langsung tidak datang kerja lagi. Reset dari syarikat penjualan sangat penting.

Samada berbaloi atau tidak tuan menukar kereta bergantung berapa hutang lama kereta lama tuan.
​
Eddie Soh
ABS-EH Motor (ditubuh 1985)
bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI
#ABSEHMotor
#Sesimengopitanpabelikopi

7 Comments
Nithi Nathan
3/2/2019 05:55:58 pm

Trade in

Reply
Siti Norazariah bt Suparno
7/13/2019 10:30:59 am

Jika kereta owner org lain mcam mana mahu trade in bos??....kereta nama abg, tpi I yg guna..msih ada hutang blom hbis...

Reply
Nooraini
1/6/2020 06:38:36 am

Saya nak tanya. Macam mana cara ye. Saya nak trade in kereta saya & beli use car. Use car tu nak beli direct dengan owner kereta. Terima kasih

Reply
Pete link
2/21/2021 01:17:44 am

Goodd read

Reply
Izzuddin
10/18/2022 07:54:05 am

Mcm mna nk trade in kereta bezza 2018 dengan keadaan masih tidak melepasi 5 tahun loan dengan Bank

Reply
perodua branch link
11/26/2022 07:45:32 am

terima kasih atas perkongsian.

Reply
MUHAMMAD SYAZUWAN SHAH BIN SHAMSUDIN
3/19/2023 10:41:44 pm

boleh ke trade in kereta second dari loan credit untuk ambik kereta baru

Reply



Leave a Reply.

    Author

    33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai.

    View my profile on LinkedIn

    Archives

    May 2020
    December 2019
    November 2019
    October 2019
    September 2019
    August 2019
    July 2019
    April 2018
    March 2018
    February 2018
    January 2018
    December 2017
    November 2017
    October 2017
    September 2017
    August 2017

    Categories

    All
    Berita
    Sesi Kopi
    Tips

    RSS Feed

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta