Sesi mengopi TANPA beli kopi #768 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi,boleh sy tahu berapa interest yang dikenakan sekiranya membeli kereta melalui loan credit & loan kedai.Tq. Mane lagi untung kalau kereta hutang dengan kereta cash. JAWAPAN: Meminjam kereta dengan pinjaman kredit melalui AEON atau BERJAYA CHAILEASE selalunya dikenakan bunga antara 6%-9% terpulang kepada usia kereta dan kelayakkan peminjam. Tempoh pinjaman 5 tahun hingga ke 9 tahun terpulang kepada usia kereta. Jika menggunakan loan kredit kedai, selalunya dalam 9% - 10%. Tempoh pinjaman 3 tahun hingga 5 tahun terpulang juga pada usia kereta. SKIM mana lebih baik terpulang kepada peminjam. Loan kredit kedai selalu digunakan jika peminjam di senarai hitam oleh bank negara. Loan kredit juga perlu muka yang lebih tinggi. Selalunya 30% dari harga kereta ke atas. Manakala kredit AEON dan CHAILEASE pula memberi pinjaman agak tinggi. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
1 Comment
|
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |