Apakah Sambung Bayar?
Merujuk kepada situasi pemilik kereta menjual kereta yang masih dalam pinjaman bank, tanpa menukar nama kepada pembeli. Pinjaman asal masih berkuatkuasa dengan ansuran bank dibayar oleh pembeli, namun masih nama peminjam bank ialah pemilik asal.
Ramai yang melakukan ini atas pelbagai alasan dan sebab.
Ramai yang melakukan ini atas pelbagai alasan dan sebab.
Antara Sebab Dilakukan.
1) Pemilikan kereta sudah tidak mampu atau terdaya untuk membayar ansuran bulanan kenderaan.
2) Pemilik sudah jemu dengan kereta lama dan ingin memiliki kereta lain.
3) Pembeli nama tidak cantik dengan pihak bank disebabkan oleh BLACKLIST.
2) Pemilik sudah jemu dengan kereta lama dan ingin memiliki kereta lain.
3) Pembeli nama tidak cantik dengan pihak bank disebabkan oleh BLACKLIST.
Kesan Buruk kepada Penjual.
Inilah sebabnya kaedah sambung bayar ini patut dielakkan. Bermacam-macam masalah akan timbul antaranya:
- Anda mungkin disaman atas kesalahan orang yang sambung bayar kenderaan anda.
- Anda mungkin disoal siasat oleh polis jika kenderaan tersebut terlibat dalam kes jenayah.
- Anda mungkin disaman bank jika orang yang sambung bayar tidak membayar ansuran bulanan kepada bank. Akibatnya, anda mungkin diisytihar bankrap jika hutang penghakiman melebihi RM30,000.
- Jika berlaku kemalangan ke atas orang yang sambung bayar dan kereta tersebut telah luput insuran dan cukai jalan, anda mungkin disaman atas kapasiti individu untuk kemalangan tersebut.
Kesan Buruk kepada Pembeli.
Pembeli juga tidak terkecuali dari menempah risiko.
- Jika pemilik asal meninggal dunia, anda tidak dapat memperbaharui insuran dan cukai jalan. Kenderaan tersebut juga berkemungkinan akan dinamakan atas nama pewaris ketika proses perbicaraan probet.
- Anda tidak dapat menukar nama anda setelah kereta tersebut sudah habis dibayar jika pemilik asal sudah berpindah ke tempat lain.
- Ada kemungkinan anda akan disoal siasat jika pemilik asal membuat laporan kereta mereka hilang.
Surat Perjanjian Boleh Guna?
Anda rasa dengan surat perjanjian sudah mencukupi untuk menyelamatkan anda?
- Walau apapun surat perjanjian yang dilakukan, ianya tidak akan membantu jika berlaku sebarang penipuan. Ini kerana tuan punya asal masih lagi mempunyai kuasa mutlak ke atas kenderaan tersebut dan boleh menuntut pada bila-bila masa. Semestinya hak menyambung bayar kenderaan akan terlucut serta merta.
- Keadaan akan menjadi lebih rumit jika tuan punya asal kenderaan meninggal dunia.Waris yang layak boleh mengabaikan apa juga perjanjian yang termeterai dengan tuan punya asal kenderaan sebelum itu dan berhak menuntut kenderaan pada bila-bila masa.Ternyata orang yang menyambung bayar kenderaan tidak boleh berbuat apa-apa selain menyerahkan kenderaan tersebut apabila dituntut oleh waris, padahal anda yang membayar ansuran bulanan. Tidak adil bukan?
Menyalahi Undang-Undang dan Akta.
“Sambung Bayar” adalah menyalahi undang-undang dan jika sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM25,000 atau 3 tahun penjara atau kedua-duanya sekali. Anda tidak mempunyai hak untuk “memindahkan” atau “Sambung Bayar” kemudahan pinjaman bank seseorang kepada orang yang lain.
Akta 212, 36A. Mana-mana pemunya, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran berkenaan dengan perjanjian sewa-beli selain daripada bayaran yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau bayaran yang dibenarkan di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
Akta 212, 36A. Mana-mana pemunya, peniaga, ejen atau orang yang bertindak bagi pihak pemilik yang mengumpul apa-apa bayaran berkenaan dengan perjanjian sewa-beli selain daripada bayaran yang disenaraikan dalam Jadual Kedua atau bayaran yang dibenarkan di bawah Akta ini adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.