EH Motor Credit
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta

Apakah yang dimaksudkan Kereta Klon?

Identiti sesebuah kereta dicuri oleh penjenayah dan digunakan pada kenderaan lain bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Bagaimana boleh Terjadi?

  1. Penjenayah akan memindahkan nombor pendaftaran dan nombor casis palsu, lazimnya daripada kereta yang mengalami kerosakan penuh (total lost) akibat kemalangan, kepada kereta klon.
  2. Kereta KLON kemudiannya diberikan identiti baharu dengan segala dokumen disediakan seperti cukai jalan dan geran kenderaan untuk urusan jual beli.
  3. Kereta KLON kebanyakkan datang dari Negara Singapura kerana adanya sistem penghapusan kereta yang berusia lebih 5 tahun di negara tersebut. Negara Thailand ialah negara seterusnya punca kereta KLON.

Cara kenal pasti.

  1. Anda menerima notis saman kesalahan trafik yang anda tidak pernah lakukan.
  2. Anda diminta memberi keterangan atas 'pembabitan' kereta itu dalam aktiviti yang menyalahi undang-undang.
  3. Anda ditahan ketika sekatan jalan raya dan diberitahu kereta anda adalah kereta klon.

Elak Jadi Mangsa.

Ada cara untuk anda elak supaya anda tidak menjadi mangsa. Caranya, anda perlu tahu perkembangan harga kereta semasa. Jangan beli kereta jika harga yang ditawarkan lebih murah daripada harga kereta yang berada di pasaran. Periksa segala dokumen yang diberi dan bawa ke Jabatan Pengangkutan Jalan untuk membuat pemeriksaan. Ini bagi mengelakkan anda ditipu dan membeli kereta klon. Jadi sentiasa mengambil tahu atau membuat kajian terlebih dahulu.

Bahaya kepada Pemilik.

Kalau tertangkap, kereta akan dirampas dan pemilik akan dihadapkan ke mahkamah. Denda maksimum RM12,000. Dahlah kereta kena rampas rugi satu hal, kena bayar denda lagi kalau kena penjara? Tak ke naya.

Mana-mana individu yang memiliki atau menggunakan kereta klon akan didakwa di bawah Seksyen 7 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang daripada RM2,000 dan tidak lebih RM10,000.

Individu yang mempamerkan nombor pendaftaran dan lesen kenderaan lain adalah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 108 (3) (f) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa hukuman denda tidak kurang RM5,000 dan tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak kurang setahun dan tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Picture
EH Motor Credit Sdn Bhd 
(HQ)
Lot 3, tbg 646, Pandamaran, Port Klang 42000, Selangor, Malaysia.
Email: 
sales@ehmotorcredit.com

Tel:03 3167 0085, 03 3167 1066
(Depan balai polis pandamaran)
(Di GPS Google map/WAZE sila taip "EH Motor")


Picture
Picture
Picture
Dasar Privasi
Iklan Dengan Kami
Hubungi Kami
Copyright © ​ 2019  I  EH Motor Credit Sdn. Bhd.
  • HOME
  • Broker Program
  • Tentang Kami
  • Hubungi Kami
  • Testimoni
  • Sumber
    • Eddie-soh Blog kereta
    • Berita PENIPUAN industri kereta
    • Cik EH-LI (Penghuni kedai kami)
    • @cilisos
    • GAME kereta
  • Kategori Kereta
  • Promosi
  • Subscribe untuk tip kereta