Sesi mengopi TANPA beli kopi #836 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Tuan, nk mintak pndapat sikit, antara hyundai sonata 2.0 tahun 2011@2012 dengan hyundai elantra 1.6 tahun 2014@2015 yang mana lg OK klau second.. N dari segi maintenance kedua2 nya mcmana.. JAWAPAN: Sukar juga hendak bandingkan antara 2 model dalam segmen berlainan. Hyundai Sonata adalah dalam segmen kereta sedan di atas Hyundai Elantra. Lagi-lagi pun untuk kenderaan yang berlainan tahun. Walaupun harga kereta terpakai Hyundai Sonata tahun 2011 adalah lebih kurang sama dengan Hyundai Elantra 2014. Jika dibandingkan dari segi kereta, Hyundai Sonata adalah kereta yang lebih berkuasa dengan cc 2.0 berbanding Hyundai Elantra dengan kuasa cc 1.6. Manakala ruang dalam Hyundai Elantra juga kecil kompak daripada Hyundai Sonata. Untuk bab selenggara, Hyundai Sonata akan lebih mahal daripada Hyundai Elantra kerana ia di dalam segmen lebih tinggi. Untuk bab penggunaan minyak, Hyundai Elantra dengan cc rendah dan berat badan yang lebih ringan, akan lebih menjimatkan dalam segi kegunaan minyak. Hyundai Sonata juga ada lebih banyak ciri ciri keselamatan seperti air bag dan traction control berbanding Hyundai Elantra. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
1 Comment
10/18/2022 12:03:55 am
Capital might bit point campaign. Box word reason law fine.
Reply
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |