Sesi mengopi TANPA beli kopi #427 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Eddie Saya mempunyai saga sv flx berusia 3 tahun dan ingin melangsaikan baki hutang kereta ini dan trade in dengan kereta proton Suprima. Bagaimana dengan performance, reliability dan maintenance cost kereta proton suprima. JAWAPAN: Proton Suprima S terkenal dengan handlingnya yang amat bagus. Reliabilitynya terpulang kepada cara kegunaan kereta ini. Bukan kereta yang boleh digunakan secara kasar. Gearbox CVTnya lebih sensitif sedikit. Dengan cc 1.6 dan badan kereta yang lebih berat, pecutan kereta memang ada kekurangan. Tidak tersenarai dalam antara kereta yang memenangi kategori pecutan dari 0 - 100 km/jam. Memandangkan kereta Proton Suprima S masih baru di pasaran, hanya mula dijual pada tahun 2013, belum ada data untuk kos maintenance untuk jangka masa lebih panjang. Kebanyakkan kereta pemilik masih dalam waranti. Isu awal dengan Proton Suprima S model pertama termasuk bunyi berdetar, isu gearbox CVT kerana masalah hos retak, Turbo bocor dan tayar keluar alignment. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |