Sesi mengopi TANPA beli kopi #397 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi tuan eddie.. Saya dan kawan saya berminat untuk membeli kereta baru.. Antara perodua axia dan proton saga vvt yang mana tuan sarankan.. Boleh minta pendapat tuan eddie? JAWAPAN: Axia - Kereta Bandar. Memang sangat sesuai untuk pandu di bandar kerana jimat minyak, kecil - mudah belok, mudah parking. Jalan jauh akan meletihkan sebab desain kereta kecil tidak reka untuk perjalanan jauh terutama dari keselesaan tempat duduk dan absorber. Kesimpulannya, Axia jimat minyak tetapi kurang sesuai untuk yang berkeluarga Proton Saga - Sedan. Sesuai untuk perjalanan jarak jauh. Kurang penjimatan minyak dalam bandar sebab satu bar meter minyak tu boleh cecah dalam 50 - 60 km sahaja. Tapi untuk perjalanan jauh, satu bar meter minyak boleh cecah 100 km untuk pemandu gaya biasa. Sesuai untuk yang berkeluarga atau merancang untuk bekeluarga. Kesimpulannya, Proton Saga kurang jimat minyak tetapi sesuai untuk yang bekeluarga. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |