Apa itu sesi kopi?
Ini adalah himpunan soalan yang telah diajukan kepada kami. Soalan ini merangkumi soalan berkaitan penjualan dan penjagaan kereta. Jika anda mempunyai sebarang soalan boleh terus ke FB Messenger ini https://www.facebook.com/eddie.soh.5
Hello tuan. Nak tanye pasal kereta skit. Ape beza navara d40 dengn np300.dan perbandingan antara hilux 2010 dengan navara. Mintak pengetahuan tuan tentang 4wd ni. Yg mana lebih baik utk pakai. Mengikut keselesaan, ketahanan, dan sparepart. Terima kasih.
Di dunia 4x4, Hilux adalah pilihan no. 1 merata dunia. Jika tuan pergi ke Sabah dan Sarawak, di sana juga banyak Toyota Hilux dan harga terpakai lebih mahal daripada 4x4 yang lain untuk tahun yang sama. Toyota Hilux memang terkenal untuk ketahanannya. Juga perlu ditahu, Hilux juga sasaran kegemaran pencuri kereta.
Hello tuan.. boleh sugest van tak. Ada org cari. Bujet 30-40k. Besar sikit dari venette. Pregio ok tak.
Untuk segmen van panjang, pilihan ramai ialah van toyota hiace. Selalu dibandingkan ialah kia pregio. Lebih tinggi kos maintenancenya dan tidak setahan toyota hiace untuk membawa penumpang.
Tuan saya nak bertanya. Apa terjadi kalau air masuk kedalam tangki minyak sebanyak 2-3 penutup botol air..
Jika sekadar 2-3 penutup botol bukan kuantiti yang banyak. Mungkin kereta akan tersemput sedikit kerana enjin membakar air tersebut, selepas itu enjin akan berbalik kepada biasa. Jika masih bermasalah, boleh hantar ke kedai foreman untuk membuang isi di tangki minyak. Dikhuatir, air itu akan menghasilkan pengkaratan di dalam tangki minyak.