Sesi mengopi TANPA beli kopi #449 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello encik eddie.Hari khamis lepas sya eksiden dgn motor. salah rider tu sebab die masuk jalan saya. bonet depan habis remuk. sya nk tuntut insurans. sebab ni first time sya eksiden dan deal dgn orang bengkel, sya nk tau pendapat encik untuk elakkan dari ditipu. First, bengkel tu kata just bagi sume dokumen yang die perlukan so sya xpyah pening2 deal dgn org ntuk dptkan insurans. Masa towing, saya sudah serahkan sume dokumen: ic, lesen, salinan report polis, geran kereta dan polisi insurans. polisi sya bg yang latest tapi direjek atas alasan yang sya tak faham. dia mahu juga sya bg insuran yang lama. Jadi saya nak tahu kenapa bengkel mahukan insurans lama? bukanke ikut logik, kena bagi polisi yang still valid? Atau memg normal bengkel mahukan polisi lama? Second, sya mahu tnya untuk kes mcm saya ni, adakah sya boleh tuntut loss of use claim? harap2 encik boleh bagi pencerahan untuk soalan2 sya. thank you in advance. JAWAPAN: Syarikat insuran berhak minta polisi lama sebagai rujukan. Ini untuk memastikan tiada double insuran coverage atau kemungkinan dalam period extension insuran. Ini untuk membantu syarikat insuran lebih berkesan uruskan claim . Setiap syarikat insuran mempunyai prosedur berlainan terhadap loss of usage. Kebiasaannya workshop akan membantu claim terhadap isu ini. Cikpuan boleh follow up dan dapatkan kepastian. Adalah penting jika claim dirujuk kepada panel workshop. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |