Sesi mengopi TANPA beli kopi #438 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: hi en eddie sya brcadang nk amik mazda 5,thun 2011. mcm mne mentenen,spare part dn msalah2 yg akn sya hdapi tntamg kreta ni. tq JAWAPAN: Mazda CX-5 adalah kompak crossover yang dibina oleh Mazda bermula dari tahun 2012. Ia adalah kereta pertama Mazda yang menampilkan desain baru KODO – Soul of Motion Design language. Ia berkongsi platfom dengan Mazda3 and Mazda6. Kereta baru ini dilengkapi dengan waranti 3 tahun. Jika tuan cuba cari kereta terpakainya, memang kurang dipasaran. Masih ada dealer yang menjual kereta baru yang bertahun lama di pasaran lagi. Oleh itu, sukar juga kalau hendak cari stok kereta terpakai. Sering dirungutkan ialah kadar servis di pusat servis yang tidak dapat mengendali jumlah servis yang diperlukan di pasaran. Mazda baru sahaja menjadi lebih aktif di pasaran Malaysia, maka ada isu dengan kelajuan pusat servisnya. Selain itu, konsep desain Mazda menumpukan kepada keselesaan pemandu. Maka penumpang lain akan rasa kereta Mazda tidak se-selesa kalau dipandu sendiri. Tempat kaki untuk penumpang belakang kereta Mazda5 agak sempit. Kos maintenance kereta Mazda lebih tinggi dari kereta Jepun. Susut nilainya juga kurang lebih pantas daripada kereta Jepun juga. Memandangkan Mazda5 masih baru di pasaran, tidak diketahui samada ada isu kelasakan apabila kenderaan ini berusia 8 - 10 tahun. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |