Sesi mengopi TANPA beli kopi #436 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Selamat sejahtera..sy mgalami kemalangan pada akhir bulan 1 tahun ini, own damage.kereta mengalami kerosakan yang sy katakan agak teruk.hasil estimation by workshop,cost repair kereta sy ialah sbnyk rm22k..tetapi setelah pihak adjuster buat penilaian hanya rm16k shja yg diluluskan. Tetapi adjuster sendiri hubungi saya dan maklumkan keadaan kereta sy ini teruk dan layak utk buat tuntutan total loss dan beliau sndri telah cdgkan pada pihak insurans. Kereta saya ambil insurans based kn agreed value rm35k, menyebabkan pihak insurans menolak untuk memberikan kereta sy total loss. Persoalan saya bolehkah sy mmbuat rayuan untuk membuat total loss based on market value rm24k? Kalau boleh, boleh tak encik ajarkan saya isi kandungan yg perlu sy tulis dalam surat rayuan sy itu? JAWAPAN: Tuan memang boleh membuat rayuan dengan syarikat insurans. Cuma perlu ada persediaan, akan ambil masa yang agak panjang untuk appeal. Boleh minta bertanya dengan adjuster siapa pegawai yang mengendali kes Tuan. Pengalaman kami ialah pegawai claim juga ingin bertanya apa keputusan tuntutan yang Tuan mahu. Tuan juga boleh memilih untuk menulis surat rayuan. Kandungan surat Tuan boleh dirangka mengikut apa yang Tuan telah lalui. Seperti mesej yang Tuan tanyakan kepada kami adalah kandungan yang sesuai ditujukan dalam surat appeal. Cuma harga pasaran adalah ditentukan oleh syarikat insuran. Bergantung kepada claim dept memberi tawaran harga dan persetujuan Tuan menerima tawaran tersebut. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |