Sesi mengopi TANPA beli kopi #383 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Boss, sorry tanya, td ada orang tanya pasal waja lagi setahun baki bank berbaloi trade in. Kalau myvi baki lagi setahun berbaloi ke trade in? Ambil MPV? JAWAPAN: Tidak pastikan apakah faktor yang tuan lihat apabila ingin trade in kereta. Kalau dilihat dari segi kewangan, iaitu jumlah tunggakan kereta di bank memang berbaloi. Kereta Waja dan Myvi kalau masih lagi hutang setahun, tinggi kemungkinan hutang kurang atau sama harga dengan nilai pasaran. Ini juga terpulang kepada usia kereta. Juga perlu diketahui kemampuan kewangan untuk trade in kepada kereta lain dan di kes tuan ke MPV. Dapatkan bajet untuk beli kereta lain dari segi deposit dan bulanan. Kalau dilihat dari faktor kereta yang sedia ada sering rosak 5 kali setahun, mungkin ia adalah masa yang baik untuk trade in kepada kereta yang lebih baru. Kadang-kadang lebih baik untuk dapatkan kereta yang kurang masalah daripada maintain kereta yang selalu rosak. Stress kurang dan masa tidak diluang untuk repair kereta. Masa adalah duit kata orang. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |