Sesi mengopi TANPA beli kopi #380 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello Bos, Saya mempunyai sebuah kereta Hyundai Avante X20 yang dibeli pada tahun 2010. Sejak kebelakangan ini, kereta ini telah mendatangkan banyak masalah kepada saya. Antaranya adalah:- 1. Suspension system yang bermasalah. Tahun lepas keseluruhan rear suspension telah ditukar dgn kos RM3k. Bulan lepas pula suspension bahagian depan pula ditukar dengan kos sebanyak RM3k juga. Malangnya, hari ini saya masih mendengar bunyi yang pastinya akan melibatkan kos tambahan untuk repair. 2. Saya telah invest banyak sejak awal tahun ini seperti repaint, tukar compressor baru berserta motor. 3. CD player sudah tidak berfungsi. Built in antenna juga sudah rosak. Masih belum repair. Persoalannya sekarang, perlu ke saya terus mengguna dan repair kereta saya, atau menjual nya atau trade in dengan kereta lain? Loan bank masih berbaki 2 tahun. Jika dijual sekarang, tidak ada sebarang gain yang saya perolehi. Untuk info, wife saya mempunyai kereta lain yang jarang dipakai. JAWAPAN: Kos spare part untuk kereta Korea seperti Hyundai memang mahal. Penukaran suspension belakang mengikut pengalaman tuan pun sudah rm3k. Jika sesebuah kereta memberi banyak isu dan kos menyelesaikan isu tersebut begitu mahal, maka lebih baik di jual kereta itu dan beli kereta yang kurang bermasalah. Bukan sahaja tuan perlu tanggung kos tinggi untuk maintain kereta ini malah paling ketara ialah masa yang terbuang dan stress yang perlu ditanggung. Memandangkan juga tuan tidak perlu tambah wang untuk menjual kereta ini, elok dijual sebelum nilai kereta ini jatuh lagi. Susut nilai kereta Hyundai juga agak laju. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) Blacklist, CCRIS, Full loan untuk beli kereta #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |