Sesi mengopi TANPA beli kopi #378 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello.. Moning tuan eddie sy ingin bertanya pendapat daripada tuan eddie, Sy ingin ambik nissan x-trail 2017. Ada apa mslh berkenaan kenderaan tersebut berkaitan servis dan penggunaan minyak kenderaan tersebut? Tq tuan eddie. Adakah ianya sesuai untuk penggunaan family? JAWAPAN: Kereta Nissan Xtrail memang kereta yang tidak banyak isu. Isu yang selalu dibentangkan ialah isu bunyi bising dari jalanraya ketika memandu. Ada juga yang bermasalah dengan air con kereta ini. Kegunaan minyak akan lebih mahal kerana berat badan yang lebih berat dari kereta sedan. Nissan Xtrail sesuai jika tuan ada jumlah keluarga yang kurang daripada 5 orang. Boot besar belakangnya sesuai untuk menyimpan Stroller dan barang barang kanak kanak. Juga bagus untuk ahli keluarga yang tinggi lampai kerana tempat kakinya luas. Eddie Soh EH Motor (ditubuh 1985) bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI #EHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |