Sesi mengopi TANPA beli kopi #368 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello Tn. Eddie, apakah kebaikan dan kelemahan (pro and con) hyundai trajet. TQ. JAWAPAN: Untuk unit 2nd hand Hyundai Trajet, lebih baik do beli model selepas 2005. Ia adalah facelift baru dengan enjin CVVT. Model lama 2002-2004, tiada CVVT maka kegunaan minyak agak tinggi. Untuk kereta yang mempunyai keberatan 2000kg, enjin 2.0 memang tidak berkuasa kalau kereta dipenuhi penumpang. Oleh itu, tuan akan perasan seperti kereta tidak bermaya untuk memotong kenderaan lain. Penyelesaiannya ialah Hyundai Trajet boleh ditukar enjin ke 4G63 (evo 4 ke atas) dan mengguna gearbox Mistubishi Airtrek. Hyundai Trajet menggunakan enjin Mitsubishi maka kebanyakkan foreman dapat membaikinya. Spare partnya akan lebih mahal daripada kereta Jepun dan kereta tempatan. Kebaikkan kereta ini ialah saiznya yang besar dan ada aircon di tempat kerusi terakhir. Eddie Soh ABS-EH Motor (ditubuh 1985) bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI #ABSEHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |