Sesi mengopi TANPA beli kopi #345 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hi Mr Eddie Saya nak tanya betul ke semua kereta proton perdana mempunyai masalah gearbox cepat panas, bagaimana pula dari segi maintenance part adakah murah atau mahal? Tq Mr Eddie! JAWAPAN: Bila sebut pasal Proton Perdana mesti semua akan terfikir akan gearbox autonya yang bermasalah. Hal ini terjadi kerana gear box auto perdana ini kecil sedikit berbanding dengan gear box auto kereta proton yang lain. Walaupun suspension kereta perdana ini mantap dan sedap sewaktu pemanduannya tetapi gear box auto perdana ini tidaklah segah seperti bentuk fizikal body kereta perdana. Gear auto kereta perdana ini memerlukan penjagaan yang rapi dan perlu diberi perhatian apabila tiba waktunya. Sebenarnya jika ia dijaga dan cara pemanduan yang betul, ia boleh tahan lama cuma perlukan beberapa tips untuk penjagaannya. Oleh kerana gearbox auto ini kecil bermakna ia tidak boleh digunakan dengan lasak seperti memandu kereta 330km dari KL sampai Johor. Apabila ini berlaku gerarbox akan menjadi panas dan gearbox akan jem akibat suhu panas kerana memandu 330km tanpa henti. Jika pulang ke kampung cukuplah dengan kelajuan biasa dan sekali sekala pecut untuk memotong. Berhentilah di RNR yang tersedia untuk menyejukkan enjin untuk sementara. Jika anda seorang kaki pecut elok tukar kepada enjin Evo3 atau tukar kepada gear manual. Jika anda suka pada sistem auto anda perlu memanjakan kereta anda itu dan jangan terlalu ganas. Oleh kerana masalah gear auto perdana ini agak manja, anda perlulah ambil perhatian terhadap jadual tukar minyak gear dia. Jika sebelum ini 8000km baru tukar, anda tukar minyak gear box awal sedikit antara 5000km. Sebab gear perdana ini kecil dan tidak boleh terlalu panas. Kemudian penjagaan air radiator juga penting kerana air radiator berfungsi untuk menyejukkan gear box tersebut. Jika anda tidak meletakkan anti karat pada air radiator lama kelamaan laluan air dalam saluran gearbox akan mengecil kerana tersumbat dan ini mengakibatkan ia menjadi panas. Setiap kali gearbox ditukar, kosnya dalam $2k-$3k. Inilah isu utama Proton Perdana. Eddie Soh ABS-EH Motor (ditubuh 1985) bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI #ABSEHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Leave a Reply. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |