Sesi mengopi TANPA beli kopi #367 (Tuan/puan boleh tanya sebarang soalan berkaitan industri kereta terus ke FB Messenger saya) SOALAN: Hello bos Eddie..saya nk..mntk pndpt bos..sy nk membeli nissan sentra year 2004..adakah kereta nie oke dr semua aspek..ad problem xkereta nie bos eddie..? JAWAPAN: Model Nissan Sentra sudah lama berada di Malaysia. Nissan terdiri daripada generasi yang terbilang. Cuma versinya sentiasa diperbaruhi dan makin nampak cantik. Kuasa enjin dan performance kereta pun boleh tahan. Untuk pengetahuan pada dasarnya Nissan Sentra adalah kesinambungan dari model Nissan Sunny. 1. Kereta Nissan memang berkualiti. Mala Nissan Sentra masih banyak lagi di jalan lagi oleh itu spare part mudah didapati di kedai potong. 2. Ikut pemerhatian, kereta Nissan tahan lasak. Jarang engine nissan perlu dioverhaul. 3. Kebanyakkan model Nissan Sentra boleh dikatakan jimat penggunaan minyak (ikut cara pemanduan) sebab mengunakan teknologi CVTV dan kebanyakan model nissan sentra ini juga guna timing chain maka free maintenance. Lebih senyap enjinnya dan lebih ringan. 4. Ramai kata Sentra ni kereta orang tua tetapi kalau masuk bodykit nismo akan jadi sporty juga. 5. Dari segi ketahanan body memang nissan lebih tegap berbanding toyota dan honda, lebih-lebih lagi N16. Body dia tahan karat dan reput. Sebelum ini saya sendiri menggunakan Nissan Sentra. Memang selesa pemanduannya. Eddie Soh ABS-EH Motor (ditubuh 1985) bertenang... kereta 2nd hand kami ada WARANTI #ABSEHMotor #Sesimengopitanpabelikopi |
0 Comments
Apakah yang anda boleh lakukan untuk membuatkan kunci tersebut boleh dipulas semula supaya enjin dapat dihidupkan?
>HIDUPKAN KERETA APABILA ENJIN TERSEKAT< Kereta anda sebenarnya ada fungsi pengunci stereng (steering lock) sebaik saja anda mencabut keluar kunci daripada suis kunci atau ignition. Fungsi ini direka untuk mengelak pencuri membelokkan roda kereta. Sebenarnya, tiada ciri atau fungsi yang mampu menghalang tindakan seorang pencuri nekad. Tetapi, sekurang-kurangnya ciri seperti ini mampu menyusahkan dan melengahkan kerja-kerja jahat mereka. Pengunci stereng siap terbina hanya akan berfungsi dalam posisi yang betul apabila enjin kereta dimatikan. Ini menghalang kunci kereta daripada membebaskan pengunci roda stereng, sekali gus pencucuhan tidak berlaku. Bagaimana mahu membebaskan semula stereng yang terkunci? Dalam kes ini, cara mengatasinya ialah: Apa yang perlu anda lakukan adalah memutarkan roda (sedikit saja) mengikut arah kunci dipulas untuk menghidupkan enjin, iaitu kanan. Dalam erti kata lain, cuma goyangkan sedikit stereng sambil memulas kunci dengan lembut. Sepatutnya anda sudah dapat menggerakkan kunci hingga tahap ignition. Jika ya, masalah anda selesai. BAGI pemandu kereta automatik, anda tentu perasan dengan button shift lock yang terletak di sebelah tombol gear. Jangan terkejut kerana memang ada sesetengah pemilik kereta automatik yang langsung tidak tahu fungsi butang tersebut walaupun sudah memandu bertahun-tahun. Sebenarnya apakah fungsinya? Bilakah perlu menggunakannya? Dan bagaimana pula mahu menggunakannya?
Shift lock ialah ciri keselamatan baharu yang dibangunkan jurutera automobil selepas mengambil kira banyak insiden kecuaian pemandu. Ada dua insiden yang kerap berlaku pada pemilik kereta automatik tanpa fungsi shift lock:
Punat shift lock (ada juga ditulis shift lock release) berfungsi meriliskan transmisi anda daripada P. Ini kerana dalam situasi tertentu anda perlu meletakkan gear dalam N, misalnya kereta anda perlu ditunda akibat kerosakan seperti bateri mati atau kong. Di sinilah fungsi punat shift lock diperlukan. |
Author33 tahun dalam perniagaan jual beli kereta terpakai. Objektif blog ialah memberi ilmu tentang industri kereta di Malaysia kepada orang ramai. Archives
May 2020
Categories |